Tuesday, 14 February 2012

Kedudukan Emas Dulu Kini Dan Selamanya

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar RASULULLAH SAW telah bersabda; Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham.~ Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Richard Duncan, dalam bukunya “The Dollar Crisis,” meramalkan kemungkinan satu krisis ekonomi yang mungkin lebih buruk daripada ‘Great Depression’ seandainya sistem kewangan sekarang diteruskan. Melihat kepada kekurangan yang ada pada sistem mata wang apungan ini, ramai pakar ekonomi berpendapat bahawa penggunaan dinar emas adalah sangat disyorkan agar digunapakai kembali sebagai alat menyimpan ni...lai dan perantara pertukaran terutama dalam perdagangan antarabangsa. Langkah ini disyorkan kerana dinar emas terkenal dengan sifat stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi.

Dari segi tabungan, emas lebih stabil berbanding wang kertas kerana nilainya tidak mengalami turun naik yang ekstrem dan tidak merosot akibat inflasi. Dari segi zakat, hukum Islam menetapkan bahawa zakat hanya boleh dibayar dalam bentuk barangan nyata. Dinar emas sangat sesuai berbanding wang kertas kerana wang kertas hanya laku atas jaminan kerajaan yang mengeluarkannya. Sedangkan emas tidak memerlukan mana-mana pihak untuk mengesahkan nilainya kerana ia dengan sendirinya mempunyai nilai. Nampak kelebihan memiliki dinar emas?
 
 
Umar Ibrahim Vadillo merupakan individu yang melihat penggunaan dinar emas sebagai jalan penyelesaian kepada krisis ekonomi dunia. Beliau telah berusaha keras untuk mencipta iklim ekonomi yang bersandarkan dinar emas yang sepatutnya menjadi mata wang umat Islam. Malah, beliau juga yang telah melobi Tun Mahathir selepas negara dilanda krisis mata wang pada tahun 1997 untuk bertukar kepada penggunaa...n dinar emas. Hujahnya, mata wang dinar emas bukan sahaja mampu dijadikan sebagai kaedah utama pembayaran berikutan terdapat lebih daripada satu bilion umat Islam di dunia ini malah kedudukan ekonomi sesebuah negara akan lebih terjamin kerana dinar emas merupakan komoditi yang mempunyai harga yang stabil.

Pada tanggal 18 Ogos 1991, beliau dengan lantang telah mengeluarkan fatwa bahawa wang kertas adalah haram. Fatwa berkenaan merumuskan bahawa wang kertas adalah satu bentuk hutang (janji yang dibayar oleh pihak yang mengeluarkannya) dan oleh itu tidak boleh digunakan sebagai alat pembayaran. Ini bertepatan dengan takrifan daripada Imam Malik r.a. yang mentakrifkan wang sebagai :

“sebarang komodititi yang diterima umum digunakan sebagai alat pertukaran”.
 
 
Emas naik lagi dan mencatat kenaikan bulanan tertinggi sejak Ogos 2011. Salah satu punca disebabkan kelemahan matawang Euro dan selepas Tahun Baru Cina dan cuti panjang selama seminggu, ramai memperniagakan emas terutamanya di negara Cina.

Kenaikan bulanan amat tinggi iaitu lebih 11 %. Manakala kenaikan tahunan juga tinggi iaitu lebih 30 %. Bagi mereka yang mebeli emas pada bulan Disember 2011, s...
ekarang sudah boleh jana keuntungan kira-kira 5 % dalam masa 2 bulan !! Itu amat tinggi.

Jangan beli waktu harga tengah mahal jika ingin jana keuntungan jangka pendek. Ingat, emas ialah pelaburan jangka sederhana dan panjang. Satu tahun dan ke atas. Jika ingin jana keuntungan jangka pendek kena ada ilmu dan skill untuk mengetahui bila masa yang sesuai untuk membeli dan menjual.
 
 

No comments:

Post a Comment